Thursday 16 June 2011

MARI MEMASAK BERSAMA CikMorningGlory



Assalamualaikum pada pakcik2,makcik2,akak2 yang comel cam saya,hehehe,abang2 serta adik2 yang dikasihi sekalian…salam sejahtera bagi 
yang bukan Islam…

Ahaaa,arini CikMorningGlory rasa nak share dengan korang satu resipi yang mudah untuk dimasak dan sedap untuk dimakan..nyum,nyum,nyum..hehehe~

Ehemm..ehemmm…hehe~pada pakcik2 dan makcik2 yang ada anak lelaki tu,boleh la hantar borang untuk menjadikan saya anak menantu..hehehe~pandai memasak plus comel lak 2..hahaha~ memang sesuai sangat la dengan anak pakcik dan makcik…kehkehkeh..(just bergurau,tolong abaikan…hehe~)

Banyak lak celoteh CikMorningGlory ni,bila nak start ni…hehe~ ok,ok…kita start ek??korang dah sedia belum???

Hari ini kita akan belajar cara-cara untuk memasak ‘begedil’..

Bahan-bahannya ialah
1 KENTANG yang dah siap dikupas kulitnya…bergantung kepada korang berapa biji korang nak…lepas itu,direbus dan letakkan sedikit garam…sikit je tau..selepas itu,korang toskan airnya and then lenyek pakai anak lesung(ni stail CikMorningGlory, pakai sudu lambat leee..hehe~).. nak guna blender pun ok gak…

2DADA AYAM yang telah digoreng dan diracik halus…sebelum goreng,korang letakkan sedikit kunyit dan garam…

3DAUN SUP yang telah dicincang halus..

4 TELUR AYAM yang dikocak macam nak masak telur dadar..sebiji cukup kot… (yang ni CikMorningGlory cadangkan korang  kocak sikit je,sebab tak nak nanti telur yang meliputi begedil tu nanti terlalu nipis)

5 SERBUK PERASA AYAM…bergantung kepada korang jenama apa yang korang suka..

CARA-CARANYA:

1 Gaulkan kentang yang dah siap dilenyek,daun sup yang telah dicincang halus,dan isi ayam tadi…

2 letakkan serbuk perasa ayam,jangan letak terlalu banyak..letak secukup rasa…kalau nak tau rasanya ok ke tak,korang rasa sikit..

3 next,korang boleh la membuat bentuk yang korang suka dengan begedil korang tu..nak bulat ke,lonjong ke,segi tiga ke,hehe,ikut suka korang la…

4 panaskan kuali..masukkan minyak macam nak menggoreng ayam..api sederhana besar..

5 setelah siap membentuk begedil korang tu,celupkan ia dalam telur yang telah dikocak tadi..dah nak masuk kuali,baru celup.. celup satu-satu ye..

6JANGAN masukkan terlalu banyak dalam kuali…dalam 4 ke 5 ketul ok la…sebabnya korang perlu menggorengnya dengan penuh kelembutan dan kasih sayang..hehe~ini untuk memastikan begedil korang tu tak berterabur isinya dalam kuali.

7bila begedil korang tu dah kelihatan keperang-perangan, bolehlah diangkat dan dihidangkan..sedap juga dihidangkan bersama sos cili…

Selamat mencuba....hopefully begedil korang yang digoreng dengan penuh kelembutan dan kasih sayang tu,hehe,berjaya disiapkan…aja,aja fighting!!!Saranghamnida~


1 comments:

syafiqah suhailah on 24 June 2011 at 05:32 said...

winkwink..bile nak masakkan begedil tok aku ? lame tak makan begedil ko..yummy..sedapnye.:-)

Post a Comment

 

CikMorningGlory Story Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino