Thursday 16 June 2011

BERCINTA DIBANGKU SEKOLAH,PERLU KE???



Hehehehe~macam menarik je topic ni  untuk dibincangkan…dah lama CikMorningGlory nak bercakap tentang topic ni..akhirnya berpeluang juga CikMorningGlory nak cakap panjang lebar…hehehe~

Hurmmm,perlu atau tidak sebenarnya???kebanyakan orang yang lebih dewasa daripada kita akan keluarkan dialog macam ni “tak payah la nak bercinta time sekolah ni,karang cinta entah ke mana,cita entah kemana,kat university nanti la baru cari”hahaha~korang selalu dengar tak ayat macam tu????hehehe~

Sebenarnya ada baik dan buruk bercinta time sekolah ni(alamak, CikMorningGlory ni,nak sokong siapa sebenarnya…heheheh~) Sabar la,CikMorningGlory tak abis lagi cakap leeee…heheh~
So,untuk kali ini,CikMorningGlory berpihak kepada pembangkang..hehe~jangan marah..lain kali,CikMorningGlory ceritakan kebaikan bercinta dibangku sekolah(siapa kata tak ada..hehe~)..Buat masa ini,CikMorningGlory senaraikan dulu KEBURUKAN bercinta di bangku sekolah dulu ek..

1 tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran..

Betul ke tidak??hehe~jangan nak tipu,tak baik tau…hehe~

2pelajaran korang sedikit merosot

Ini la apa yang cikgu-cikgu bimbangkan apabila korang bercinta…nak bercinta pun wahai adik-adikku sayang,pelajaran jangan abaikan

3mudah terjerumus kepada kemaksiatan

Hahaha~betul ke tak???hehehe~itu korang sendiri jawab..mata CikMorningGlory ni pun naik berbulu,hahaha,tengok korang siap berpegang-pegangan tangan dan berpelukan tak kira 
tempat..mengalahkan suami isteri romantiknya..

4korang menipu ibu bapa korang

Ini CikMorningGlory memang tak tahan…Ini sudah lebih..hehehe~Sepatutnya korang terangkan perkara sebenar pada diaorang..tak payah la menipu konon-kononnya buat discussion group..hehe~

5 mudah terpedaya

Korang boleh dikategorikan agak innocent sewaktu dibangku sekolah..innocent ke???hehe~Sebab tu la ayah,ibu,cikgu2,akak2,abang2,pakcik2,makcik2,atuk2,nenek2, sampai la ke moyang korang,hehehe,melarang keras bercinta time sekolah ni..Diaorang termasuklah CikMorningGlory bimbang korang terpedaya dengan janji-janji manis yang ditaburkan pada korang akan memakan diri..

Bagi yang lelaki,CikMorningGlory tak risau sangat…Bagi yang perempuan,akak mohon sangat,jaga diri korang baik2…jaga maruah diri dan keluarga…Jangan bagi diaorang amik kesempatan ke atas korang…ingat satu benda

LELAKI YANG BAIK TIDAK AKAN MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS KITA MALAHAN DIA AKAN MELINDUNGI KITA DARI SEBARANG PERKARA YANG TIDAK ELOK,SEBALIKNYA PULA,LELAKI YANG BERNIAT JAHAT SENTIASA CUBA MENGAMBIL KESEMPATAN YANG ANDA…

Fikir-fikirkan apa yang CikMorningGlory utarakan ni..adik-adik,kalau dah jodoh,tak kemana~  
Lastly,jom KEJAR CITA BARU CINTA!hehe~ Kalau yakin diri mampu seimbangkan antara cita dan cinta takde masalah.. As long as korang tak hampakan harapan ibu bapa untuk melihat kita berjaya sudah leee…

BIARLAH AIR MATA YANG MENGALIR DARI KELOPAK MATA IBU BAPA KITA AIR MATA KEGEMBIRAAN,BUKANNYA AIR MATA KESALAN DAN PENUH KEKECEWAAN… 

OK,sampai disini sahaja tazkirah kali ini..hehe~LOVE YOUR LIFE..saranghamnida~






0 comments:

Post a Comment

 

CikMorningGlory Story Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino