Thursday 23 June 2011

i started hate you..opppssssssss,bukan u guys,but someone in my life....hehehe~


lama gak kan tak membebel kat cni..heheh~hari ini,CikMorningGlory nak luahkan perasaan kat sini..kalu korang tak nak baca,saya nak merajuk...hehehe~terpulang nak baca ke tak nak..hari ini CikMorningGlory nak story mory tentang diri ini,tentang i started to hate you..opppssssssss,bukan u guys,but someone in my life....hehehe~  lain hari nanti,kita sambung balik tips2 yang korang boleh apply dalam kehidupan korang....

mesti konfius ek,apasal la tiba2 nak membenci orang lak ni...apa pun xboley..hehehe~
sedihnya bila fikir pasal ni..coz diri ini tak sanggup membencimu,but i think this is the best way to forget him..please pray for me ek...coz CikMorningGlory dah tak sanggup nak keep this feeling anymore...it`s really hurtful..it`s kill me....lirik lagu kat bwh ni,from ST12-Cinta Tak Harus Memiliki memang kena dgn perasaan CikMorningGlory dikala ini...choppp,separuh dari lagu tu je la yang kena..hehehe~


cinta memang tak selamanya bisa indah
cinta juga bisa berubah jadi sakit
begitu yang ku rasakan kini
perih hatiku tinggal kehancuran

tak pernah terbayangkan dan tak pernah terpikirkan
cintamu dan cintaku akan berpisah
namun harus ku relakan itu
untuk hidupmu agar lebih baik

maafkan aku setulus hatimu
kepergian diriku itu bukan keinginanku

sampai setakat tu je yang kena about this feeling... choppp,belum cerita lagi ek nape benci dia..hehehe~tak payah la rasanya...tak jadi laa pulak nak cerita...hehehe~

satu yang buat diri ini membenci dirinya,sebabnya diri ini menyayanginya...hate this feeeling....tak suka,tak suka,tak suka..bila kita komen kat wall dia,balas macam nak tak nak je..bila kita say hai kat chat,tiba2 offline pula...hehehe..all the conversation between me and him have been deleted...sampai hati dia..Cakap je la awak dah tak suka saya!!!habis cerita..titik,full stop...opppss,terlebih sudah...hehehehe~


segala rasa bergumpal jadi satu,sedih,kecewa,sayang,terluka..hehehe~andai CikMorningGlory punya kuasa untuk mengremove dia dalam ingatan ni kat best kan...ok,sampai disini je sesi meluahkan perasaan..terima kasih meluangan masa wahai kazenku!!!heheehehe~

Sayangi insan yang menyayangi andai agar hatimu tidak terluka kerana menyayangi insan yang tak tahu menghargai kita...Love Your Life..Saranghamnida..^^



 

Thursday 16 June 2011

BERCINTA DIBANGKU SEKOLAH,PERLU KE???



Hehehehe~macam menarik je topic ni  untuk dibincangkan…dah lama CikMorningGlory nak bercakap tentang topic ni..akhirnya berpeluang juga CikMorningGlory nak cakap panjang lebar…hehehe~

Hurmmm,perlu atau tidak sebenarnya???kebanyakan orang yang lebih dewasa daripada kita akan keluarkan dialog macam ni “tak payah la nak bercinta time sekolah ni,karang cinta entah ke mana,cita entah kemana,kat university nanti la baru cari”hahaha~korang selalu dengar tak ayat macam tu????hehehe~

Sebenarnya ada baik dan buruk bercinta time sekolah ni(alamak, CikMorningGlory ni,nak sokong siapa sebenarnya…heheheh~) Sabar la,CikMorningGlory tak abis lagi cakap leeee…heheh~
So,untuk kali ini,CikMorningGlory berpihak kepada pembangkang..hehe~jangan marah..lain kali,CikMorningGlory ceritakan kebaikan bercinta dibangku sekolah(siapa kata tak ada..hehe~)..Buat masa ini,CikMorningGlory senaraikan dulu KEBURUKAN bercinta di bangku sekolah dulu ek..

1 tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran..

Betul ke tidak??hehe~jangan nak tipu,tak baik tau…hehe~

2pelajaran korang sedikit merosot

Ini la apa yang cikgu-cikgu bimbangkan apabila korang bercinta…nak bercinta pun wahai adik-adikku sayang,pelajaran jangan abaikan

3mudah terjerumus kepada kemaksiatan

Hahaha~betul ke tak???hehehe~itu korang sendiri jawab..mata CikMorningGlory ni pun naik berbulu,hahaha,tengok korang siap berpegang-pegangan tangan dan berpelukan tak kira 
tempat..mengalahkan suami isteri romantiknya..

4korang menipu ibu bapa korang

Ini CikMorningGlory memang tak tahan…Ini sudah lebih..hehehe~Sepatutnya korang terangkan perkara sebenar pada diaorang..tak payah la menipu konon-kononnya buat discussion group..hehe~

5 mudah terpedaya

Korang boleh dikategorikan agak innocent sewaktu dibangku sekolah..innocent ke???hehe~Sebab tu la ayah,ibu,cikgu2,akak2,abang2,pakcik2,makcik2,atuk2,nenek2, sampai la ke moyang korang,hehehe,melarang keras bercinta time sekolah ni..Diaorang termasuklah CikMorningGlory bimbang korang terpedaya dengan janji-janji manis yang ditaburkan pada korang akan memakan diri..

Bagi yang lelaki,CikMorningGlory tak risau sangat…Bagi yang perempuan,akak mohon sangat,jaga diri korang baik2…jaga maruah diri dan keluarga…Jangan bagi diaorang amik kesempatan ke atas korang…ingat satu benda

LELAKI YANG BAIK TIDAK AKAN MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS KITA MALAHAN DIA AKAN MELINDUNGI KITA DARI SEBARANG PERKARA YANG TIDAK ELOK,SEBALIKNYA PULA,LELAKI YANG BERNIAT JAHAT SENTIASA CUBA MENGAMBIL KESEMPATAN YANG ANDA…

Fikir-fikirkan apa yang CikMorningGlory utarakan ni..adik-adik,kalau dah jodoh,tak kemana~  
Lastly,jom KEJAR CITA BARU CINTA!hehe~ Kalau yakin diri mampu seimbangkan antara cita dan cinta takde masalah.. As long as korang tak hampakan harapan ibu bapa untuk melihat kita berjaya sudah leee…

BIARLAH AIR MATA YANG MENGALIR DARI KELOPAK MATA IBU BAPA KITA AIR MATA KEGEMBIRAAN,BUKANNYA AIR MATA KESALAN DAN PENUH KEKECEWAAN… 

OK,sampai disini sahaja tazkirah kali ini..hehe~LOVE YOUR LIFE..saranghamnida~






Ehhh,Rahsia Feveret Food???



Jangan tak tahu,melalui feveret food,korang boleh mengetahui keperibadian individu.. ahaaa,menarik ni..hehehe~ terpulang kepada korang sama ada ingin mempercayainya atau tidak..
 Jom intai apakah makanan kegemaran korang dan ehemmm korang tu...heheh~

MASIN

·         Tergolong dalam kategori individu yang tegas,cenderung untuk bertindak cepat tanpa memikirkannya secara teliti
·         Suka mengambil risiko dari apa yang korang lakukan atau katakan
·         Cenderung untuk bersikap sebagai ketua

CikMorningGlory nak tambah sikit..korang juga berpotensi dan berisiko menghidap darah tinggi …hehehehe~

MASAM
·         MEMILIKI SEMANGAT serta sentiasa memasang angan-angan yang tinggi dalam hidup
·         Cenderung memikul semua beban di bahu korang
·         Mudah risau dengan keadaan di rumah,pekerjaan dan keluarga
·         Lebih mementingkan orang lain daripada diri sendiri
·         Menghargai masa dan sentiasa berusaha untuk menepatinya
·         Perfectionist
·         Mudah risau dengan kejadian yang berlaku dalam dunia ini
·         Sentiasa menghargai perhubungan,bersungguh dan romantic terhadap pasangan

CikMorningGlory tergolong dalam golongan ini..siapa yang sama dengan CikMorningGlory??give me ten…hehehe~

PEDAS
·         Selalu ingin menjadi ketua/kepala
·         Sentiasa menginginkan kesempurnaan
·         Boleh menjadi pakar dalam tugasan yang sedang korang kendalikan
·         Individu yang sangat teliti
·         Gemar menyibukkan diri dengan kerja-kerja secara menyeluruh
·         Tidak suka menangguhkan kerja
·         Selalu bersemangat,tertib dan serius
·         Tidak pandai menunjukkan rasa sayang dan kasih kepada pasangan secara terbuka


MANIS
·         Sentiasa ingin diperlakukan istimewa dan senang memperlakukan orang yang dicintai dengan cara yang sama
·         Individu yang bijak menyesuaikan diri dan tidak mudah tersinggung
·         Akan cuba mengelak daripada berlakunya pertelingkahan
·         Sentiasa berfikiran positif dan merasakan korang adalah orang yang paling bahagia
·         Mudah memberikan kerjasama dan rajin bekerja

Hehehe~memang sesuai dengan korang yang suka makan makanan manis..sebab korang memang sweet..hehe~
Lagi satu,korang juga berisiko terdedah kepada penyakit diabetis mellitus dan obesity…so,kurangkan gula dalam makanan…

Amacam???ada kena mengena dengan korang tak???hehe~Kalau tak ada,tidak mengapa(CikMorningGlory merajuk,ayokkk,tak tau..hehe~)

Sampai disini sahaja CikMorningGlory berkata-kata..

Ikan puyu ikan kelisa,
Terima kasih luangkan masa


Salah dan silap pohon dimaafi,
CikMorningGlory mengundur diri

Saranghamnida~




MARI MEMASAK BERSAMA CikMorningGlory



Assalamualaikum pada pakcik2,makcik2,akak2 yang comel cam saya,hehehe,abang2 serta adik2 yang dikasihi sekalian…salam sejahtera bagi 
yang bukan Islam…

Ahaaa,arini CikMorningGlory rasa nak share dengan korang satu resipi yang mudah untuk dimasak dan sedap untuk dimakan..nyum,nyum,nyum..hehehe~

Ehemm..ehemmm…hehe~pada pakcik2 dan makcik2 yang ada anak lelaki tu,boleh la hantar borang untuk menjadikan saya anak menantu..hehehe~pandai memasak plus comel lak 2..hahaha~ memang sesuai sangat la dengan anak pakcik dan makcik…kehkehkeh..(just bergurau,tolong abaikan…hehe~)

Banyak lak celoteh CikMorningGlory ni,bila nak start ni…hehe~ ok,ok…kita start ek??korang dah sedia belum???

Hari ini kita akan belajar cara-cara untuk memasak ‘begedil’..

Bahan-bahannya ialah
1 KENTANG yang dah siap dikupas kulitnya…bergantung kepada korang berapa biji korang nak…lepas itu,direbus dan letakkan sedikit garam…sikit je tau..selepas itu,korang toskan airnya and then lenyek pakai anak lesung(ni stail CikMorningGlory, pakai sudu lambat leee..hehe~).. nak guna blender pun ok gak…

2DADA AYAM yang telah digoreng dan diracik halus…sebelum goreng,korang letakkan sedikit kunyit dan garam…

3DAUN SUP yang telah dicincang halus..

4 TELUR AYAM yang dikocak macam nak masak telur dadar..sebiji cukup kot… (yang ni CikMorningGlory cadangkan korang  kocak sikit je,sebab tak nak nanti telur yang meliputi begedil tu nanti terlalu nipis)

5 SERBUK PERASA AYAM…bergantung kepada korang jenama apa yang korang suka..

CARA-CARANYA:

1 Gaulkan kentang yang dah siap dilenyek,daun sup yang telah dicincang halus,dan isi ayam tadi…

2 letakkan serbuk perasa ayam,jangan letak terlalu banyak..letak secukup rasa…kalau nak tau rasanya ok ke tak,korang rasa sikit..

3 next,korang boleh la membuat bentuk yang korang suka dengan begedil korang tu..nak bulat ke,lonjong ke,segi tiga ke,hehe,ikut suka korang la…

4 panaskan kuali..masukkan minyak macam nak menggoreng ayam..api sederhana besar..

5 setelah siap membentuk begedil korang tu,celupkan ia dalam telur yang telah dikocak tadi..dah nak masuk kuali,baru celup.. celup satu-satu ye..

6JANGAN masukkan terlalu banyak dalam kuali…dalam 4 ke 5 ketul ok la…sebabnya korang perlu menggorengnya dengan penuh kelembutan dan kasih sayang..hehe~ini untuk memastikan begedil korang tu tak berterabur isinya dalam kuali.

7bila begedil korang tu dah kelihatan keperang-perangan, bolehlah diangkat dan dihidangkan..sedap juga dihidangkan bersama sos cili…

Selamat mencuba....hopefully begedil korang yang digoreng dengan penuh kelembutan dan kasih sayang tu,hehe,berjaya disiapkan…aja,aja fighting!!!Saranghamnida~


TIPS ELAK EKSPLOITASI BLOG



1 Elak letakkan gambar yang mengundang ghairah aka seksi..Selalunya gambar-gambar sebegini akan menarik orang untuk mengunjung blog korang

Yupp betul,betul, dan betul..bahaya woo letak gambar-gambar macam tu..hehe~

2sentiasa bagi komen membina kepada pemilik blog yang lain kerana orang akan bertindak dengan cara yang sama sebagai tanda menghargai kamu

Bak kata pepatah  melayu orang berbudi kita berbahasa,orang memberi,kita merasa..tak payah la korang kutuk-kutuk blog dia..tak suka tak apa…

3Jika tidak tahu apa-apa mengenai blog dan cara mengendalikannya,lebih baik jangan mengambil risiko.Apa maknanya jika maruah korang dijaja ke satu laman blog ke laman blog yang lain hanya kerana kesilapan korang memahami pengendaliannya.

Betul…takde maknanya..hehehe~

4Jangan terlalu ghairah menerima kenalan baru yang tidak korang ketahui latar belakangnya.Selidiki dahulu latar belakang teman barumu itu sebelum korang meluluskan permintaannya untuk bersahabat dengan korang

Betul,betul dan betul..hehehe~Jom sama-sama remove orang yang korang dah approve tapi perangai dia ntah apa-apa..Bak kata pepatah,rambut sama hitam,tapi hati lain-lain…muka nampak baik,tapi hati???heheh~

ok,sampai di sini je CikMorningGlory mengeshare maklumat dengan korang…pelihara privasi anda,jangan sampai di eksploitasi oleh orang lain..Love your life…saranghamnida~
 

STOP GOSIP!!!!




Jeng,jeng,jeng…hehehe~sape kat sini suka sangat bergosip???cuba korang angkat tangan korang tu sikit…alamak,berbau la..hahaha…gurau je..jangan marah,nanti kena tinggal..kehkehkeh…korang tak  bosan ke dengan hidup bergosip???nak lari tak???bukan lari marathon,lari keliling umah,atau lari setempat,hehehehe,tapi  lari dari bab-bab gossip ni…

Jom tengok tips yang korang boleh buat untuk jauhi gossip

1 LARI….

Sewaktu tengah menikmati  makan tengah hari,rakan-rakan sibuk menceritakan tentang salah seorang rakan korang yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan sorang mamat ni..mamat yang hot dekat kampus lak tu…xbley bla..hahahaha~apa yang korang buat???

A.join sekali…alang2 dapat bergosip.best jugak ni..hehehehe~

B.cepat-cepat habiskan makanan,siap tersedak lagi..hehe~tu la,makan tak baca bismillah..pastu, mohon undur diri dengan mengatakan korang nak siapkan assignment…

Mana korang patut pilih???A ke B???pada pembaca yang disayangi dah tentu la 
B..kata tadi nak lari…

2 BUAT-BUAT SIBUK BUKAN KORANG DUK MENYIBUK…hehehe~

Memang susah kalau berjiran dengan si kaki gossip ni..huhuhu~kalau korang malas nak melayan gossip tersebut,apa kata korang pura-pura sibuk setiap kali kawan korang tu cuba untuk membuka kisah gosipnya..hehehe~

          Ataupun,korang boleh la,berpura-pura mendengar lagu dengan menggunakan earphone setiap kali kaki gossip cuba mendekati korang…untuk lebih meyakinkan diaorang bahawa korang memang sedang sibuk  mendengar lagu,apa kata korang nyanyi live kat depan dia..hehehe~walaupun tak sesedap mana dan mampu mengundang kilat dan petir,hahaha,korang nyanyi gak,kita layannnn…

3 ‘no comment’

Ketika korang mendengar gossip,cuba berlagak menjadi seorang pendengar yang baik..korang layan la kejap diaorang nak cakap apa..kesian lak diaorang…hehe~Jika si kaki gossip meminta pandangan korang,jawab la no komen..xpayah la nak menambah perisa kat cerita dia supaya sedap dan lazat tak terhingga..hahaha…
4 tukar topik
Jika korang tak mampu menahan godaan gossip,sebaiknya topik perbualan yang korang bangkitkan dengan rakan-rakan perlulah terhindar dari mencetuskan gossip even sebesar zarah pun..Elak dari bercerita tentang masalah orang lain…

5 Simpan rahsia

Sahabat baik korang baru bercerita tentang masalahnya dengan ex-boyfriend..(ini contoh ye..)Sebagai sahabat,korang perlu menyimpan dan menjaga rahsia itu kejap-kejap…maksud CikMorningGlory,bukan sekejap ye..hehe~tapi menjaganya buat selama-lamanya..jangan pulak korang sibuk menjaja cerita  tersebut pada orang lain..kalah pak cik jual aiskrim..heheh~korang jangan nak mengada-ngada buat macam tu…memang ada yang makan selipar sekejap lagi..hehehe~

So,hopefully,after this,korang menjadi seorang yang bebas gossip…..
Ceriakan hidup korang dengan benda2 yang berfaedah…saranghamnida..

6 cara lindungi jantung korang


6 CARA LINDUNGI JANTUNG KORANG

1 BERGERAKLAH!!jangan malas bergerak..bukan gerak-gerak khas ye..hehehehe~

    Misalnya,korang boleh la  lakukan 20 kali ‘sit up’ setiap kali korang bangun dari tidur..tapi kalau CikMorningGlory,xlarat leee..hahaha~
      takpun,korang  bolehlah jadikan air mineral di dalam botol sebagai dumble untuk latihan beban..takpun,korang boleh melakukan senaman dengan menyapu sampah di halaman rumah..di samping korang dapat menambah pahala,plus dapat mengusha awek/balak disebelah rumah,hehe,dapat la korang mengurangkan lemak yang berada dalam badan..jangan asyik melingkar macam ular sawa…hehehe~

2Jika korang mempunyai masalah lebihan lemak terutama di bahagian pinggang,ini bermakna korang mempunyai risiko yang tinggi untuk di serang penyakit jantung…

Ini bahaya..baik korang bersenam dengan segera…

3 kawal stress..kawal rasa tertekan dan marah demi kesihatan jantung korang..hiduplah dengan cinta dan kasih sayang..believe in yourself..for sure,korang akan terus berasa bahagia dan rasa hati berbunga-bunga..hehehe~korang pun  terlepas dari gangguan sakit jantung..

Lagipun,kalau selalu stress,muka pun cepat tua..dah x comel macam kita…hahahaha~perasan sungguh CikMorningGlory ni..heheheh~

4Bersyukurlah..Jangan mengeluh dan bersyukur apa yang diberikan kepada korang..

Betul,betul,betul…bersyukur la dengan apa yang kita ada…

5BERHENTI MEROKOK!!!kemungkinan si perokok akan terdedah dengan masalah jantung 2 hingga 6 kali ganda dari mereka yang tidak merokok…

Waaa,takutnya..huhuhu..lagipun,x smart la bro merokok…CikMorningGlory tak suka!

6 kawal tekanan darah korang..penyakit darah tinggi merupakan pencetus terbesar terjadinya serangan sakit jantung dan stroke..so,lakukan pemeriksaan secara kerap di klinik..

Hehehe..actually,CikMorningGLory pun xpernah buat pemeriksaan laa…hahaha…tapi untuk kesihatan diri korang,apa kata,pergi klinik lakukan pemeriksaan,,di samping korang dapat mengetahui tekanan darah korang,korang juga dapat mengusha nurse-nurse yang comel kat situ..hahaha~

So,hopefully,jantung korang akan lebih sihat lepas ni!!!Sayangi jantung korang! terima kasih juga kerana meluangkan masa membaca entry CikMorningGlory kali ini..saranghamnida~

13 SIGNS YOU`RE FALLING IN LOVE..




Beberapa hari yang lepas,CikMorningGlory buat dalam version bahasa melayu,mari tengok dalam version omputih lak..hehe~

13 You CAN`T stay mad at him/her for more than a minute or two. You actually have to try hard to stay mad at them

Macam betul  je..hehehe~

12 You`ll read him/her SMS over and over again.

Yupp..that`s right..siap senyum-senyum lagi..hahaha…angau dah tu..hehehe~uitt,bukan CikMorningGlory punya feeling ya..orang lain…hehe~

11 You will walk really really slow while you`re with him or her.

Jap,CikMorningGlory fikir sekejap,hurmmm,rasanya btul statement ni…sebab pernah tengok kat kolej dulu,bukan setakat jalan slow,dah terberhenti terus..hehe~dalam hati berdoa,kan best,waktu boleh berhenti seketika..alangkah indahnya…hehehe~

10You will feel shy whenever you`re with him /her

Entah..yang ini CikMorningGlory tak dapat nak pastikan betul ke tak…maaf… tapi kalau CikMorningGlory la,betul kot..hehehe~sebabnya CikMorningGlory kan memang dah sedia ada pemalu..kehkehkeh…

9 While thinking about him/her,your heart will beat faster and faster

Alahai,sweetnya..hahaha~betul kot…

8By listening to his/her voice,you will smile for no reason.

Yupp…will smile for no reason..dah macam kerang busuk pun ada..hehehe~orang tengah bahagia la katakan..dapat dengar suara pun jadi la..hehehe~

7 While looking at him or her,you can`t see the other people around you.you can only see that 
person.

Ini memang dah betul-betul angau ni..parah ni dik..hehehehe~sampai dah tak nampak orang lain…mesti mata bersinar-sinar ek time ni..dapat tengok pujaan hati….hihihihi(ketawa sopan)

6 you will start listening to slow songs

Definitely..haha~mostly,lagu-lagu cinta la menjadi kegemaran..ibarat menyampai rasa hati melalui lagu…korang siap ada lagu tema cinta kan..sweeetnya..hehe~jeles lak aii CikMorningGlory rasa..huhuhuhu…

5 He/She becomes all you think about.

Ahaaa,ini lagi satu..dalam kepala tu,dah takde orang lain lagi yang korang fikir,asyik-asyik dia..sampai terbawa-bawa dalam mimpi..hehehe~

4 You will get high just by their smell

Hehehe~yang ni CikMOrningGlory tak dapat nak jawab..kalau dalam cerita kartun,kalau diaorang jatuh cinta,memang diaorang terbang melayang2..hehehe~kalau korang,CikMorningGlory tak tau la pulak…

3 You will realize that you always smiling to yourself when you think of them.

Yupp..betul,betul dan betul…Tak kira la siang ke malam ke,teringat je pasal dia,korang mesti senyum sampai ke telinga kan3???hehe~sampai orang cop korang gila…yuppp..korang memang gila..korang dah gilakan dia..hehehe~

2You will do anything for him/her

Kalau dah jatuh cinta,gunung everest sanggup kudaki,lautan api sanggup ku renangi,panas hujan tak ku endahi(ada ke endahi??haha~belasah ajalah,,,),asalkan dapat bersama  pujaan hati..hehehehe~diaorang memang sanggup lakukan apa sahaja untuk korang…sweet…hehehe~jeles,jeles,jeles….

1While reading this,there was one person on your mind the whole time.

Time korang baca tadi,ada tak korang teringat kan sesiapa????ahaaaa,kalau ad,ehemm,ehemmm,dialah orangnya…heheh~kalau tak de,maknanya korang belum jumpa lagi pujaan hati…

So,hopefully korang bahagia dengan life korang sekarang…saranghamnida…


Tuesday 14 June 2011

apabila en/cik singa berada dalam keadaan marah



Apabila seseorang itu berada dalam keadaan marah,beberapa tanda wujud dalam tubuh mereka antaranya:

1 wajah dan matanya akan berubah menjadi merah

CikMorningGlory rasa betul kot…mata diaorang memang merah menyala macam biji saga…takut wooo..hehe

2 Anggota badannya akan bergetar sama ada pada pergerakannya atau percakapannya

Badan diaorang bergetar bukan sebab nak menari atau terkena Parkinson or what so ever ye..hehe~tapi bergetar sebab cuba menahan marah dalam diri..

3 diaorang akan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya seperti merosakkan harta benda,menunjukkan isyarat lucah dan sebagainya..

Ini memang bahaya…so,please behave yourself…don`t over acting ye..hehe~nak marah,marah la..tapi jangan la melampaui batas..agak2 la der..

4 orang yang sedang marah akan mudah mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya…korang faham2 sendiri la ye…

Bila tengah marah,diaorang memang suka mengeluarkan perkataan yang tak berapa sedap nak didengar,boleh bernanah gak la telinga kalau dengar…heheh~

5 pengaruh pada hatinya akan wujud perasaan dengki,hasad,iri hati dan berdendan…

Perasaan ni tak bagus ada dalam diri..tak mau,tak mau…hehe~baik korang buangkan…

6 ada juga yang melepaskan marah sehingga mencederakan diri sendiri     

Ini sudah lebih..hehe~walaupun korang memang marah gila,jangan la sampai menyakiti diri sendiri…

Last,CikMorningGLory nak berpesan.tak guna korang marah-marah…lagi meningkatkan risiko korang terkena penyakit kronik seperti darah tinggi dan migrain adalah..so,bebaskan diri korang dari dibelenggu marah,belajar la untuk bersabar..chill bro n sis..hehe~

tips berdepan dengan orang yang panas baran


Tips berdepan dengan orang yang panas baran
        
      sifat pemarah atau panas baran adalah  antara emosi manusia yang normal…berhadapan dengan orang yang panas baran memang sangat-sangat menguji kesabaran… “macam mana lah dia tu boleh tahan dengan si polan tu,kalau aku la,dah lama aku tinggalkan”hehehe~pada pendapat CikMorningGlory,memang patut korang tinggalkan pun..huhuhu..baru dia rasa langit tu rendah ke tinggi…kejam lak aii CikMorningGlory ni..hehehe~
      
 “aku rasa macam  nak amik jarum,aku nak jahit2  mulut dia tu,biar aman sikit dunia…asyik nak marah je,ingat orang lain takde perasaan ke???” that`s right,ingat orang xde perasaan ke wahai EN/CIK SINGA yang sesuka hati nak marah orang tak kira masa dan tempat..panas hati babe..panas,panas…
jom baca tips kat bawah ni untuk mengetahui bagaimana nak handle orang yang panas baran..

1 MENDIAMKAN DIRI

CikMorningGlory rasa kita memang patut zip mulut kita supaya senyap ketika EN/CIK SINGA sedang marah..hehe~Tak payah nak gatal-gatal mulut nak menjawab atau nak jelaskan sesuatu..korang nak kena penampo ke??kehkehkeh..biar dia luahkan segala ketidakpuashatian..Korang kan tau,orang yang tengah marah ni ibarat gunung berapi yang sedang memuntahkan laharnya…Panas..kita yang dengar pun panas telinga babe..nasib baik tak terbakar…hehe~

2 KENALPASTI PUNCA

Sebaiknya apabila EN/CIK SINGA naik hangin,korang kenalpasti punca-puca yang menimbulkan kemarahan diaorang..Korang sepatutnya tahu apa yang EN/CIK SINGA paling tak suka dan apa yang membuatkan dia mudah meradang dan melenting..bukan main ting-ting ya..hahaha..So,untuk masa-masa yang akan datang,korang elak-elakkan dari melakukan kesilapan yang tidak disukainya..barulah aman dunia..tapi kalau korang buat juga,memang tempah maut la jawabnya….huhuhu…

3 MENEGUR DENGAN LEMBUT

Kalau korang nak menegur perlakuan EN/CIK SINGA yang korang tak berapa nak suka,seeloknya gunakan cara yang lembut dan penuh hikmah agar kemarahan diaorang tak berpanjangan..

Bukannya korang pergi sound direct kat dia..waaaa,itu makin mengeruhkan keadaan la babe…apa ni..hehehe~korang jangan la buat macam tu….silap-silap haribulan korang diberikan jelingan tajam,menusuk sampai ke kalbu gitu…hahahaha….jangan  korang berani nak tuang minyak,even renjis2 pun jangan kat api yang sedang marak..karang dengan korang-korang sekali terbakar…CikMorningGlory tak tau..ayokkk..hehehe~

4 TAK PAYAH LAYAN AKA KORANG WAT DON`T KNOW JE…

Sebaiknya korang tak payah layan sangat kemarahan EN/CIK SINGA tu…Maksudnya korang xpayah nak melawan dan xpayah susah-susah nak pujuk…korang biarkan je diaorang membebel sorang-sorang..hahaha…nanti dah penat,diaorang senyap la..kalau korang xbuat macam ni,CikMorningGlory confirm EN/CIK SINGA  ni takkan berhenti  marah korang punya..last-last nanti,korang gak yang sakit hati..x gitu???hehehe~

5 BERSIAP SEDIA

kalau dah dari awal korang dah tau yang dia tu jenis panas baran,korang siap sedia la dari awal…Ketahui cara-cara yang boleh lembutkan hati dia ketika sedang marah..tak pun,cadangan CikMorningGlory,korang amik kapas,pastu sumbat kat telinga..gerenti xdengar ap2..hehe~pastu korang angguk je kepala..konon2 dengar apa yang diaorang bebelkan….heheheh~

6 JAUHKAN DIRI

Sekiranya EN/CIK SINGA sudah melampau gila in bracket ini sudah lebih…hehehe~ maksudnya diaorang siap menaikkan tangan serta kaki kat muka korang ketika diaorang sedang marah,sebaiknya korang jauhkan diri dari EN/CIK SINGA tersebut buat sementara waktu,ataupun buat selama-lamanya pun takpe..hehehe~

    Korang bagi pengajaran sikit kat EN/CIK SINGA supaya menghormati korang..ingat  korang ni barang mainan ke sesuka hati dia nak buat macam tu..Jangan biarkan eN/cIK sINGA melakukan keganasan terhadap korang hanya kerana diaorang tidak sedar apa yang diaorang lakukan ketika marah..kalau pun korang sayang EN/CIK  SINGA ni,agak-agak la…takkan la diaorang sampai naik tangan kaki, korang nak duduk diam je…

HOPEFULLY ENTRY KALI INI DAPAT BANTU KORANG UNTUK BERDEPAN DENGAN SI PANAS BARAN AKA EN/CIK SINGA.. SEMOGA HIDUP KITA AMAN SENTIASA..  

 

CikMorningGlory Story Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino