Thursday 16 June 2011

Ehhh,Rahsia Feveret Food???



Jangan tak tahu,melalui feveret food,korang boleh mengetahui keperibadian individu.. ahaaa,menarik ni..hehehe~ terpulang kepada korang sama ada ingin mempercayainya atau tidak..
 Jom intai apakah makanan kegemaran korang dan ehemmm korang tu...heheh~

MASIN

·         Tergolong dalam kategori individu yang tegas,cenderung untuk bertindak cepat tanpa memikirkannya secara teliti
·         Suka mengambil risiko dari apa yang korang lakukan atau katakan
·         Cenderung untuk bersikap sebagai ketua

CikMorningGlory nak tambah sikit..korang juga berpotensi dan berisiko menghidap darah tinggi …hehehehe~

MASAM
·         MEMILIKI SEMANGAT serta sentiasa memasang angan-angan yang tinggi dalam hidup
·         Cenderung memikul semua beban di bahu korang
·         Mudah risau dengan keadaan di rumah,pekerjaan dan keluarga
·         Lebih mementingkan orang lain daripada diri sendiri
·         Menghargai masa dan sentiasa berusaha untuk menepatinya
·         Perfectionist
·         Mudah risau dengan kejadian yang berlaku dalam dunia ini
·         Sentiasa menghargai perhubungan,bersungguh dan romantic terhadap pasangan

CikMorningGlory tergolong dalam golongan ini..siapa yang sama dengan CikMorningGlory??give me ten…hehehe~

PEDAS
·         Selalu ingin menjadi ketua/kepala
·         Sentiasa menginginkan kesempurnaan
·         Boleh menjadi pakar dalam tugasan yang sedang korang kendalikan
·         Individu yang sangat teliti
·         Gemar menyibukkan diri dengan kerja-kerja secara menyeluruh
·         Tidak suka menangguhkan kerja
·         Selalu bersemangat,tertib dan serius
·         Tidak pandai menunjukkan rasa sayang dan kasih kepada pasangan secara terbuka


MANIS
·         Sentiasa ingin diperlakukan istimewa dan senang memperlakukan orang yang dicintai dengan cara yang sama
·         Individu yang bijak menyesuaikan diri dan tidak mudah tersinggung
·         Akan cuba mengelak daripada berlakunya pertelingkahan
·         Sentiasa berfikiran positif dan merasakan korang adalah orang yang paling bahagia
·         Mudah memberikan kerjasama dan rajin bekerja

Hehehe~memang sesuai dengan korang yang suka makan makanan manis..sebab korang memang sweet..hehe~
Lagi satu,korang juga berisiko terdedah kepada penyakit diabetis mellitus dan obesity…so,kurangkan gula dalam makanan…

Amacam???ada kena mengena dengan korang tak???hehe~Kalau tak ada,tidak mengapa(CikMorningGlory merajuk,ayokkk,tak tau..hehe~)

Sampai disini sahaja CikMorningGlory berkata-kata..

Ikan puyu ikan kelisa,
Terima kasih luangkan masa


Salah dan silap pohon dimaafi,
CikMorningGlory mengundur diri

Saranghamnida~




0 comments:

Post a Comment

 

CikMorningGlory Story Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino